Friday, November 21, 2008

Rasa nak menaip .. luah luahkan apa yg patutt

Entah lahh.. sejak dua menjak ni.. malas n malas n malas lak pasal or pikir2 pasal blog ni.. eheh.. Ni pom training2 buattt..

kalau ikut kesihatan, ok lah baru pulih Allhamdullilah dalam 2 minggu lebih ni ok lah.. x lah bergantung sgt dgn ubat.. ubat demam n antibiotik jer.. isk tak sanggup dah kena cucuk kat punggung.. seingat2 dah dua tiga kali dah kena.. harap body jer besar.. tp bila time sakit skit ajer.. kena cucukk..
tp ok lagi ,... jarummm halus.. Bukan 'Jarum Besar Tumpul' ....
Huuh mintak2 jauhh laa.. Auwww x kuasa aku

amik darah testt.. dua kali.. dalam masa 3 bulan lalu.. mmmm kira ok lahh.. non super Virus cuma tekanan tu jelah naik skit ditambah kepekatan darahh tu pekat sgttt.. huhh soheh busuk ya. nama pom darah.. hanyirr.
huhh fikir sendiri laa. apa yg di makan kedarah ke tu camne plak ya.

Ok laahh.. td time bila aku tepom kampung halaman plak.. Mak aku cakap laa. dah dua kali umah .. naik air dalam sehari dua ni.. Terengganu dah start nak banjir dah ni.. or mmg pom dah start.. hujan lebak lebat lebakkk..

Nak diceritakan .. umah aku ni.. boleh dikatakan dibawah pinggiran bukitt...kat area2 tepi bandar Koler Ganun jer.. jadi apabila longkang besar kat tepi jalan tu dah tak leh tampung air,... kluar plak menerjahh air yg turun tanpa peduli apa2 tu dr atas bukit tu.. melimpahhh la iyaa .. yelah laluan dia ke arah umah mak ayah aku la.. ( umah hampir sebaya aku) dah lama bina.. kawasan rendah skit.. tenggalam laa.. tp kejak je suruh, mm mujur gak kan... air arus cepat.. tapi... tadi mak aku cakap.. air naik awal2 pagi semalam, time tido.. jadi abis laa selipar n kasut kasut tu di hanyuttkan.. x daapat diselamatkan. kereta kancil bapak aku soheh tenggelam.. mm sofa .. katil tilam jangan cerita laa.. peti sejuk n mesin basuh pom sampai dah kena tukar dua-3 tahun lepas.. kes tenggelam2 ni la.

Woooo..

Tapi yg paling trajis.. aku hilang lagi dua ekor kucim aku.. iskk mak aku cakap si jantan, hitam ilang n mek betina yng aku panggil kampung ilang n anak2 dua ekor kena baham di biawakk,.. Aduhhzz tu tak kira lagi dgn anak2 kucim.

dah lahh kucim aku tu.. baka separa ekor jenis kembang.. kira kacuk2 jenis bulu2 panjang..

ntah la dah berapa ekor dah kucim aku mati.. kes banjir.. lemas pom ada.
yelah.. mana tau.. jenis2 anak kucim.. kat umah aku ni.. bebas tido luar. n lepak2 kat semak2 kat tepi longkang kecik.

sekarang kat umah kat kampung tu tinggal seekor lagi kucim jantan... si Putih.. hidup sebab bergantung kat Grill umah.. Mak aku nak amik masa air tgh naik tu.. dia marah2 sgt sbb terkejut.. fobia.. dah jadi gila dah kucim aku tu. yelah.. dia lahir akhir tahun lepas., masa tu umah aku tu tak pernah naik air sejak dari pertengahan 2006.
Last2 naik.. mana tak terkejutn trus bengong si mamat sekor tu... lasum melekap kat grill pintu umah.. dah lah abang dia ilang.. aku suspek kena hanyut di air.. n mak aku panggil x balik2 umah.

N tinggal sekor lagi baka kucim betina aku yg aku bawak ke KL letak kat umah kat sini.. kucim betina, adik beradik dgn kucim2 yg aku ceritakan tadi tu. Belum lagi beranak.. tapi dah jadi cam bohsia lak kucim tu. yelahh tiap2 hari menyundal,.. eheh.. ramai kucim jantan melepak kat depan umah daaaaa.. tak terlayan si Kelabu Mek Gebu aku tu..
Aku bawak tu nak pasangkan dengan kucim kazen aku si Mat Pet. ok dah dua ekor tu,... cuma kucim2 jantan lain jer spoil..

Yelah kan aku nak kurung 24 jam si kelabu tu dgn mat pet.,. mat pet tu jenis kasar skit woooo.\


FUhh ok ok stop bab kucim tu dulu.. ada hari aku sambung....
Aku igt nak balik.. cuci umah.. nak amik cuti. tapi keja sentiasa tak abis2.. kalu time rehat2 tu memang aku pulun2 rehat. letih badan., exspecially kepala otak. ntah lah kalau orang memikir sesuatu cuma guna 10 peratus jer kot.// aku lahh kena guna 3 kali ganda lebih kot.. pick up lambat daa.. mmg benda ni aku kena atasii.. sebab membabitkan cara kerja dan my career woooo

Berbalik kepada umah aku yg banjir tu..
aku call. tengok dulu.. kalu melarat.. sgt aku cuti la.. kat raya2 haji ni.. aku balik laa... cuci la mana patut. dah moto buruk aku sebijik yg tinggal kat umah mak ayah aku tu dah berapa kali tenggelam dah.. Mujur ekzoss dia tinggi skit .. eheheh

K kalau ada yg siapa2 yg menatap coretan yg ntah apa2 aku tu... jgn lak serius sgttt.. sebab aku ni jenis yg nak luahh jer hari ni.. yelah lama dak menaip dengan penuh perasaan tanpa ikut terma2 penulisan ni.

K aku choww duluu.. ada hari aku sambung balik coretan biol aku ni.. Benarnya ada lagi nak cerita.. tp kena smbung tugasan plakk ehehe.. aku shiff A-awal pagi, sambung daaa dari 2 petang semalam..

k
Wassalammmm

Thursday, May 29, 2008

lawatan

Lawatan & Latihan di Bilik Berita Ehwal Semasa (BES) TV RTM
15/05/2008 KHAMIS

Bermula pukul 8.30 pagi. Pada sesi awal pukul 9.15 pagi, kami seramai 17 peserta Khursus Kewartawan Penyiaran diberi sesi taklimat ringkas oleh Ketua Input, atau lebih dikenali sebagai Ketua Pemberita Puan Noriani Idris.

Kumpulan kemudiannya dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu, dibahagikan kepada Editorial, Production, Parlimen dan mengikuti wartawan TV RTM ke lokasi.

Saya ditugaskan mengikuti tugasan yang dilakukan Editorial, bersama Puan Azura, Effa, Ati Hasmila dan Juriyah.

Pada awalnya, sesi pagi “Briefing” iaitu perancangan awal diadakan pada pukul 9.00 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengawal BES, Haji Ismail Zakaria membabitkan kesemua wakil unit di BES.

Beberapa isu diutarakan termasuklah siaran langsung cross over persidangan Parlimen disebelah malam sehinggalah kepada penyediaan bahan isu pulau batu puteh.

Di Editorial, kami diberi tunjuk ajar oleh Puan Zuraidah dan Puan Norhaida termasuk mengenai Roundown iaitu senarai susunan berita dan juga cara mengedit bahan berita untuk disesuaikan kepada format berita TV RTM.

Saya juga turut diberikan tugas untuk mencari bahan visual di arkib perpustakaan berita tv untuk di masukkan/insert ke berita yang akan disiarkan.

Selepas itu disebelah petang pula, turut ke studio tv, melihat bagaimana berita tv di keudarakan secara langsung.







Lawatan ke Aljazeera di KLCC 16/05/2008 JUMAAT

Pada lawatan hari kedua ini, di KLCC tower 2 di tingkat 60, kami diberi taklimat selama hampir sejam oleh Derl McCrudden mengenai skop operasi Aljazeera yang berpangkalan di negara ini yang meliputi Asia Tenggara serta Asia Timur.

Turut ditanya beberapa soalan apakah hala tuju Aljazeera dan apakah mesej utama untuk disampaikan kepada masyarakat khususnya di rantau ini.
Encik Derl juga turut menyentuh serba sedikit mengenai sejarah Aljazeera yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan diasaskan oleh, iaitu founder dari UAE dan Qatar serta berpangkalan di Doha.

Mula beroperasi di Malaysia sejak dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Februari 2007.

Selain itu, Aljazeera turut mempunyai pangkalan di London dan Washington DC.

Ketika lawatan ini, Encik Derl membahagikan kepada dua kumpulan agar tidak terlalu ramai untuk melihat suasana operasi di sini.

Kami kemudiannya dibawa melawat dan melihat bagaimana operasi yang dijalankan Aljazeera, yang turut kelihatan pembabitan petugas-petugas tempatan.

Dalam tempoh dua jam ini, kami juga sempat bertanya mengenai sistem yang digunakan dan disini, seratus peratus menggunakan sistem NLE iaitu penggunaan sistem Digital untuk memproses serta menyunting bahan berita atau menerima visual dari luar.

Ruang operasinya juga padat dan kecil jika dibandingkan dengan unit BES TV RTM, tetapi sistem kerjanya tetap teratur, senyap dan efisen.

Mempunyai kakitangan lebih 100 orang termasuk para petugas tempatan dan dua Koresponden tetap di sini.

Sunday, April 20, 2008

Komen skit2 Peranan Media bantu kerajaan

PERANAN MEDIA DALAM ARUS PERDANA DALAM MEMBANTU MEMULIHKAN KERAJAAN.




..........................................................................................................................

Imej, kredibiliti, berwibawa, adil dan saksama. Ini belum ditambah lagi dengan ayat ketepatan, kesahihah dan seumpama dengannya bagi sesuatu perkara itu untuk disampai atau disalur kepada umum. Itu adalah perkara awal yang muncul dibenak fikiran saya apabila di minta mengulas @ komen serba sedikit mengenai peranan media. Khususnya media kerajaan yang kini nampak semakin kurang pengaruhnya terutama kepada generasi muda kini. Apa-apa pun buah fikiran saya yang dilontarkan ini adalah secara ringkas dan santai untuk renungan bersama. Siapalah saya untuk membuat tafsiran dan komen-komen yang begitu jauh dan berat kerana sebagai rakyat Malaysia yang beragama Islam, kesederhanaan perlu sentiasa ada dalam jiwa dan ditanam, dipupuk pada sanubari. Apa-apa pun, sememangnya mungkin ada lagi selepas ini beberapa perkara lain yang perlu ditokok tambah agar sama-sama memperolehi manfaat dan pengetahuan.


Seperti yang diketahui, golongan muda kini boleh dikatakan lebih terdedah dengan pelbagai sumber maklumat dan info yang diperolehi tanpa garis sempadan dan had. Lebih-lebih lagi dengan ledakan dunia infomasi.. 'infomation technology' IT , "aka" internet, iaitu bermula era pertengahan 90'an di negara ini. Dengan Tag line dahulu, sumber maklumat hanya di hujung jari anda sahaja, tekanlah apa saja patah perkataan pun di ruang web "enjin pencari", sudah tentu dalam beberapa saat ketika sahaja. Muncul apa yang diingini, termasuklah berkaitan perkara yang dicari seperti politik, ekonomi, isu masyarakat, sukan mahupun yang boleh memudaratkan fikiran seperti porno dan gejala sosial lain.


Dalam erti kata, internet kini sudah tentu menjadi sumber rujukan utama dan peranan media utama lain nampak semakin perlu mencari jalan dan cara setapak kehadapan bagi mengatasi perkara ini iaitu mengembalikan semula pengaruh kepercayaan kepada masyarakat khususnya media yang dikendalikan kerajaan. Malah kemunculan beribu-ribu blog pelbagai topik malah sensasi khususnya membabitkan politik semasa negara juga dikatakan antara penyumbang dan menarik untuk dilayari. Kerana sudah tentunya ia mudah diakses dan difahami. Malah tanpa fakta pun masih boleh dikarutkan lagi. Hentamlah apa-apa yang disukai ditambah ayat-ayat "bombastik" pun masih lagi menjadi cerita ataupun berita, tetapi media arus perdana pula tidak seharusnya terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan situasi demikian.


Sudah tentu, perkara pertama yang menyebabkan media kini perlu membanting tenaga dan tulang empat kerat bagi membantu kerajaan memulihkan imej selepas berakhirnya senario pilihanraya umum PRU-12 baru-baru ini. Kepercayaan yang sebelum ini kukuh nampaknya semakin menurun, berikutan beberapa isu-isu yang timbul dan berbangkit terutama pada tahun lalu, yang sudah tentu menimbulkan pelbagai ketidakpuasan hati di sesetengah individu. Lantaran terlalu banyak sekatan, perlindungan terhadap sesuatu kepentingan, mahupun ayat-ayat yang terlalu yakin tanpa memikirkan apakah kesan yang bakal dihadapi.


Natijahnya, PRU ke-12 baru-baru ini, walaupun kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) menang sekali lagi, namun ia tidak segah seperti tahun 2004. Kemenangan dengan undi majoriti mudah manakala pembangkang pula diterajui PKR, DAP dan PAS buat pertama kalinya memenangi kerusi Parlimen hingga mencecah 80 kerusi. itu tidak lagi melihat kepada tumbangnya 4 buah negeri (parlimen wilayah persekutuan Kuala Lumpur turut dikuasai pembangkang) , dan Kelantan terus di kuasai PAS malah menambahkan lagi kekuatan cengkamannya hingga majoriti 41 kerusi, manakala Umno terus menjadi pembangkang di negeri Serambi Mekah iaitu dengan hanya 4 kerusi sahaja. Malah cakap-cakap di awal sebelum PRU ke 12 bermula, Kelantan mampu dirampas kembali dengan peranan media yang bertubi-tubi dilafazkan keyakinan dan kepercayaan dimana bakal tumbangnya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz pada PRU lalu itu menjadi sebaliknya. Ini ditambahkan lagi peranan media ketika itu, di ura-urakan Kelantan masih tidak membangun dan berjaya seperti negeri-negeri lain yang diterajui BN.


Ini mungkin juga boleh menjadi antara faktor penyebab. Saya tidaklah mahu mengulas panjang mahupun menulis dengan lebih panjang hal berkenaan termasuklah isu-isu lain.. misalnya BERSIH, HINDRAF atau kes-kes membabitkan badan kehakiman yang timbul sebelum ini yang telah menguji jentera media dalam membantu kerajaan menanganinya. Itu belum ditolak lagi dengan kedangkalan manusia yang berparti hanya mahukan sesuatu iaitu, yakni hanya untuk kepentingan diri.


Berbalik kepada peranan media arus perdana memulihkan kerajaan, sudah tentu antara prinsip-prinsip yang timbul tadi boleh dirumuskan dan difikirkan. Malah rakyat sendiri sudah muak dengan adanya cerita-cerita yang selalu menyebelahi sebelah pihak sahaja dan menafikan langsung sebelah pihak lagi, untuk mereka mempertahankan diri atau memberikan pendapat balas. Pendapat saya, jika diberikan pula ruang, perkara tersebut sudah tentu perlu diteliti dan penuh berkesederhanaan, malah sesuatu perkara itu tidak perlu dibuat serta dilakukan secara melampau-lampau hingga mengundang muak dan kebencian.

Apa yang menarik perhatian saya, sudah tentu asyik-asyik timbul ayat yang berkata, Rakyat Harus Berterima Kasih Dan Bersyukur kepada Kerajaan.... ya saya tidak menafikannya. Namun sesekali sekala diubahlah ayat itu seperti "Kerajaan amat Bersyukur kerana dihargai, atau sangat menghargai sokongan dan amat berterima kasih kepada Rakyat yang memilih untuk terus mengemudi pentadbiran Negara." Tulus ikhlas inilah yang selalunya melembutkan hati rakyat "aka" manusia itu sendiri, kerana sifat merendah diri dan penggunaan nada atau ayat yang terlalu angkuh tidak perlulah digunakan lagi malah perlu dijauhi.


Selepas PRU-12 yakni 8 Mac lalu, BN sekali lagi diberi peluang memerintah negara tercinta ini dan sudah tentu mengunakan peluang yang diberikan ini dengan sebijak-bijak. Rakyat kini semakin cerdik dan jangan sesekali menyamakan pemikiran mereka dengan keadaan ketika di era awal kemerdekaan, mahupun ketika era zaman pemerintahan Tun Abdul Razak ataupun Tun Hussien Onn. Malah rakyat sendiri sudah mampu menilai, apakah seseorang pemimpin itu mempunyai kredilibiliti, bersifat tulus dan bertanggungjawab.


Berita-berita, rencana, komen mahupun sisipan arus perdana baik, bercetak mahupun elektronik sudah tentunya perlu tidak memainkan lagi sentimen-sentimen yang mengundang kepada perbalahan serta kurang sensitiviti dengan keadaan semasa negara. Selain itu, pembangunan negara dan kemajuan yang diperolehi mestilah juga seperti biasa disiarkan, malah perkara-perkara negatif yang berlaku dapat dan perlu diolah dengan ayat yang lebih bijak serta mudah difahami agar tidak memberi kesan pemikiran buruk dan tidak baik kepada masyarakat khususnya kepada generasi muda kini...

Apa-apa pun, media arus perdana yang kini diterajui atau dikawal oleh orang atasan atau "orang tertentu" baik kerajaan mahupun swasta, sudah tentu mempunyai cara atau strateginya sendiri, bagaimana mahu mengembalikan semula keyakinan serta memastikan imej kerajaan kembali pulih.. "Tepuk Dada Tanya lah Selera".

##