Thursday, May 29, 2008

lawatan

Lawatan & Latihan di Bilik Berita Ehwal Semasa (BES) TV RTM
15/05/2008 KHAMIS

Bermula pukul 8.30 pagi. Pada sesi awal pukul 9.15 pagi, kami seramai 17 peserta Khursus Kewartawan Penyiaran diberi sesi taklimat ringkas oleh Ketua Input, atau lebih dikenali sebagai Ketua Pemberita Puan Noriani Idris.

Kumpulan kemudiannya dipecahkan kepada 4 kumpulan iaitu, dibahagikan kepada Editorial, Production, Parlimen dan mengikuti wartawan TV RTM ke lokasi.

Saya ditugaskan mengikuti tugasan yang dilakukan Editorial, bersama Puan Azura, Effa, Ati Hasmila dan Juriyah.

Pada awalnya, sesi pagi “Briefing” iaitu perancangan awal diadakan pada pukul 9.00 yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengawal BES, Haji Ismail Zakaria membabitkan kesemua wakil unit di BES.

Beberapa isu diutarakan termasuklah siaran langsung cross over persidangan Parlimen disebelah malam sehinggalah kepada penyediaan bahan isu pulau batu puteh.

Di Editorial, kami diberi tunjuk ajar oleh Puan Zuraidah dan Puan Norhaida termasuk mengenai Roundown iaitu senarai susunan berita dan juga cara mengedit bahan berita untuk disesuaikan kepada format berita TV RTM.

Saya juga turut diberikan tugas untuk mencari bahan visual di arkib perpustakaan berita tv untuk di masukkan/insert ke berita yang akan disiarkan.

Selepas itu disebelah petang pula, turut ke studio tv, melihat bagaimana berita tv di keudarakan secara langsung.







Lawatan ke Aljazeera di KLCC 16/05/2008 JUMAAT

Pada lawatan hari kedua ini, di KLCC tower 2 di tingkat 60, kami diberi taklimat selama hampir sejam oleh Derl McCrudden mengenai skop operasi Aljazeera yang berpangkalan di negara ini yang meliputi Asia Tenggara serta Asia Timur.

Turut ditanya beberapa soalan apakah hala tuju Aljazeera dan apakah mesej utama untuk disampaikan kepada masyarakat khususnya di rantau ini.
Encik Derl juga turut menyentuh serba sedikit mengenai sejarah Aljazeera yang ditubuhkan pada tahun 1996 dan diasaskan oleh, iaitu founder dari UAE dan Qatar serta berpangkalan di Doha.

Mula beroperasi di Malaysia sejak dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Februari 2007.

Selain itu, Aljazeera turut mempunyai pangkalan di London dan Washington DC.

Ketika lawatan ini, Encik Derl membahagikan kepada dua kumpulan agar tidak terlalu ramai untuk melihat suasana operasi di sini.

Kami kemudiannya dibawa melawat dan melihat bagaimana operasi yang dijalankan Aljazeera, yang turut kelihatan pembabitan petugas-petugas tempatan.

Dalam tempoh dua jam ini, kami juga sempat bertanya mengenai sistem yang digunakan dan disini, seratus peratus menggunakan sistem NLE iaitu penggunaan sistem Digital untuk memproses serta menyunting bahan berita atau menerima visual dari luar.

Ruang operasinya juga padat dan kecil jika dibandingkan dengan unit BES TV RTM, tetapi sistem kerjanya tetap teratur, senyap dan efisen.

Mempunyai kakitangan lebih 100 orang termasuk para petugas tempatan dan dua Koresponden tetap di sini.

No comments: